Monday, November 29, 2010

Rihanna "Cry"

Rihanna - Good Girl Gone Bad

KISAH TEMPAYAN RETAK


Assalamu'alaikum wrh wbt dan Salam sejahtera...
Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya.

Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh.

Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah
tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan
prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannnya.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air,

"Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu."

"Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?"

"Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah jumlah air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan itu.

Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata,

"Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."

Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahwa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada tempayan itu,

"Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias Rumahnya seindah sekarang."

Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mau, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghias-Nya. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekurangan kita. Kenalilah kelemahan kita. Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemui kekuatan kita. Wassalam.

Sunday, November 28, 2010

60 petua mendapat pasangan




1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti "magnet" yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.





31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau 'kegilaan' bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat

RAHSIA PEMAKANAN ORANG2 YAHUDI



Kita sering kali terbaca dan terlihat di mana-mana saja tentang ‘BOIKOT BARANG USA DAN ISRAEL.’. Serta kita juda dapat perhatikan hampir 70-80% perniagaan di dunia ini di kuasai oleh kaum Yahudi. Malah pentadbiran Amerika itu sendiri di bayangi oleh kaum Yahudi. Dalam Quran dan beberapa kitab-kitab ada menyatakan kaum Yahudi atau Bani Israel adalah golongan yang bijaksana, pandai berniaga walaupun sikap mereka yang sentiasa takbur sehinggakan di laknat oleh ALLAH.

Penulisan ini bukan untuk bercerita tentang ke’Takbur’an, Kezaliman dan Keganasan mereka. Namun di sini saya ingin anda semua termasuklah diri saya sendiri berfikir Kenapa mereka bijak dan mampu mengusai perniagaan dunia serta melahirkan ramai cendiakawan. Sedangkan kita orang Melayu sejak dari tahun 1970 sampai sekrang hanya dapat melahirkan kurang 20% usahawan daripada sasaran 30% walaupun dengan pelbagai dasar telah di unjurkan dan di laksanakan.

Baru-baru ini saya ada terbaca satu artikel yang di tulis oleh Dr Stephan Carr tentang bagaimana kaum Yahudi dapat melahirkan ramai cendiakawan dari pelbagai bidang. Artikel ini bertajuk “WHY THE JEWS SO SMART?”. Saya terbaca pun setelah rakan saya ‘print’ dan menghebahkannya. Amat menarik kerana artikel membincangkan tentang adakah kaum Yahudi ini di lahirkan untuk menjadi pintar, suatu kebetulan atau atas usaha mereka sendiri? Selepas saya membaca artikel ini, saya ada membuat sedikit kajian dan membaca artikel-artikel lain bagi menyokongnya seterusnya melakukan perbezaan dalam kehidupan kita terutama Bangsa Melayu. Artikel ini beliau menulis setelah beliau melakukan pelbagai kajian yang mengambil masa berbelas tahun. Di sini saya ingin sedikit menguraikannya supaya kita semua dapat berfikir bersama.

Permulaan artikel ini, beliau menerangkan bagaimana proses ‘Kebijaksanaan’ Yahudi itu bermula. Menurut kajian Dr Stephan, apabila kaum Wanita Yahudi (si Ibu) mengandung, si Lelaki (Ayah) dan ibu tadi akan membeli buku matematik, menyanyi dan bermain piano. Dan semua perkara ini mereka akan lakukan bersama terutama menyelesaikan masalah matematik. Ini kerana keinginan mereka ingin melahirkan zuriat Yahudi yang genius dan bijaksana. Bagi saya ia amat menarik sekali. Jarang kita lihat perkara ini berlaku di kalangan orang kita. Dalam beberapa artikel lain yang saya baca, sekiranya si Ibu banyak berfikir tak kira yang bagus atau tidak, ia akan di ‘pindahkan’ kepada si anak dalam kandungan itu. Jadi sekiranya si ibu berfikir tentang menyelesaikan masalah matematik atau apa saja ilmu-ilmu, insya Allah dengan izinNYA ilmu itu akan di pindahkan kepada si bayi tadi. Itu sebabnya Islam amat menggalakkan kita membaca Al Quran, melakukan perkara yang baik lagi yang bijaksana supaya anak kita nanti akan berjaya dan menjadi seorang ‘MANUSIA’. Kaedah seperti meletakkan ‘head-phone’ ke perut dan mendendangkan lagu-lagu berilmu serta bacaan ayat Suci Al Quran pun amat berkesan kerana dengan sumber yang terus mampu merangsangkan otak si bayi.

Itu dari segi perbuatan semasa mengandung. Bagaimana dengan pemakanan si Ibu pula? Menurut artikel beliau, kebanyakkan ibu-ibu Yahudi yang mengandung lebih banyak memakan kekacang terutama kacang badam dan kurma dengan susu. Kajian menyatakan protein kacang terutama kacang badam amat baik untuk merangsang pertumbuhan otak bayi. Manakala kurma dan susu saya rasa tak perlu la say ajelaskannya lagi kerana Rasullullah sendiri telah menjelaskan khasiatnya.
Di samping itu, si ibu tadi di galakkan makan roti dan ikan tanpa kepala serta salad. Di tambahkan pula dengan mengambil pil minyak ikan sebagai pil tambahan (supplementary).

Ini semua cukup jarang berlaku di kalangan masyarakat Melayu.
Kita masih lagi terikat dengan pantang larang yang di buat oleh orang dulu. Memang ada pantang larang itu bagus tapi kenapa kita tak nak cuba melakukan perkara yang member sedikit kelainan. Namun ada ibu-ibu moden sekarang melakukan perubahan. Lebih banyak mengambil supplement yang memberi khasiat kepada bayi dan diri sendiri, minum susu dan memakan kekacang. Untuk pengetahuan, susu amat bagus untuk kesihatan ibu dan juga bayi dalam kandungan kerana ia mampu mempercepatkan pembesaran tulang, sel-sel otak dan mencerahkan kulit bayi iaitu merangsang sel-sel kulit bayi. Itu sebabnya orang Yahudi putih. Kenapa orang Yahudi amat melarang memakan kepala ikan terutama kepada ibu mengandung? Ini kerana menurut kajian saintis-saintis kepala ikan mempunyai beberapa jenis bahan kimia yang boleh merencatkan sel-sel otak dan saraf manusia terutama bayi yang sedang membesar. Jadi, macamana dengan Kari Kepala Ikan? Mmmm. Anda fikirkanlah.

Bagaimana dengan cara pemakanan orang Yahudi itu sendiri.
Seperti saya katakan tadi, mereka suka makan ikan terutama fillet dan salad serta kekacang. Seperti orang kita, mereka amat melarang memakan daging dan ikan bersama. Sebabnya kita sendiri pun mengatahuinya. Kalau tak tahu, Tanya ibubapa kita. DI samping itu, mereka amat suka dan menggalakkan memakan buah-buahan dulu sebelum memakan hidangan utama.

Kajian menunjukkan ikan amat bagus untuk perangsangan minda dan ia sendiri telah terbukti di Malaysia. Kenapa peratusan pencapaian kejayaan untuk semua peperiksaan utama (UPSR, PMR dan SPM) amat cemerlang di negeri Kelantan dan Terengganu. Satu kajian tak rasmi, menyatakan bahawa penduduk di dua buah negeri ini menjadikan ikan sebagai makanan utama dan ikan tongkol (Ikan dalam hidangan Nasi Dagang) adalah ikan utama. Ikan tongkol ini adalah sama spesis dengan ikan Solomon dan saya rasa anda semua sendiri tahu khasiat ikan Solomon. Sekiranya tak tahu, ikan Solomon mempunyai protein OMEGA yang tinggi dan amat bagus untuk pertumbuhan minda kita. Jadi khasiat ikan Tongkol adalah lebih kurang sama dengan ikan Solomon. Memakan buah-buahan sebelum memakan makanan utama memang bagus untuk kesihatan. Islam dan Rasulullah sendiri telah mengajarkannya kepada kita. Cuma orang kita yang tak mahu mengikutnya dan lebih suka memakan buah selepas makan berat. Menurut kajian orang Yahudi sendiri, makan buah selepas makan hidangan utama terutama hidangan karbohidrat menyebabkan kita akan rasa mengantuk, lemah dan sukar memahami pelajaran atau ilmu. Di samping itu juga ia tidak baik untuk kesihatan badan kita. Betul tak lepas makan kita akan rasa mengantuk?

Bagaimana pula sistem pembelajaran anak-anak mereka? Dalam artikel ini serta artikel lain, kerajaan Yahudi itu sendiri amat menitikberatkan pendidikan. Pembelajaran mereka lebih menumpukan kepada sains, perniagaan dan musik serta penumpuan kepada sukan atau aktiviti luar darjah. Jadi tak hairanlah sekiranya mereka berjaya dalam bidang sains dan perniagaan kerana kerajaan mereka sendiri memberi begitu penekanan sehingga melahirkan ramai cendiakawan serta memonopoli perniagaan dunia seperti Starbuck, DKNY, Levi’s, Dunkin Donut dan banyak lagi. Mereka amat mengalakkan anak-anak mereka mencuba perkara-perkara baru, mencipta projek-projek sains sendiri walaupun ia Nampak mengarut dan lucu kadang-kadang tetapi mereka di beri peluang berfikir dan sekiranya projek mereka seperti berpotensi maka pihak sekolah akan beri lebih ketelitian.

Kenapa mereka memilh musik? Menurut mereka, bermain musik dan memahami nota musik dapat meningkat IQ dan merangsang otak. Dan mereka juga mengalakkan atau mewajibkan kanak-kanak bermain piano dan biola. Bidang sukan juga turut di beri penekanan dan sukan memanah, menembak dan balapan.
Bagi mereka, sukan-sukan terutama memanah dapat melatih otak memfokuskan sesuatu. Di samping itu, ibubapa amat mengawal pemakanan anak-anak mereka. Kanak-kanak di sana di haruskan makan buah-buahan bersama kacang badam dan memakan pil minyak ikan. Menurut beberapa pengkaji, orang Yahudi rata-rata memahami 3 jenis bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris.

Berbalik kepada masyarakat kita. Bagaimana sistem pendidikan kita? Bagaimana dengan pembelajaran anak-anak kita sekarang? Apa yang saya boleh rumuskan adalah masih lemah. Walaupun pelbagai kaedah pembelajaran, pembaharuan dasar atau apa sekalipun ia masih belum menunjukkan sebarang peningkatan.
Kalau kita perhatikan sistem pendidikan kita, tidak ada penekanan dalam mana-mana bidang. Anak-anak kita seperti tidak haluan untuk maju. Kita lebih menekankan sistem hafalan atau mengingat daripada pemahaman serta penelitian. Dan ini merupakan salah satu sebab kurangnya lelaki di institusi-institusi tinggi di Negara kita. Pengkhususan bidang hanya bermula apabila pelajar tersebut selesai mengambil PMR. Namun yang menjadi kehairanannya sekarang pelajar-pelajar yang keputusan PMR mereka lemah di suruh ambil bidang SASTERA. Tidakkah kita terfikir yang bidang sastera ini perlu banyak membaca. Kalau mereka ini rajin membaca keputusan mereka taklah LEMAH. Sekarang ada pengkhususan bidang seperti IT, Kejuruteraan, Lukisan dan lain-lain tetapi lebih kepada di sekolah-sekolah asrama penuh. Kalau dulu para pelajar yang lemah ini boleh mengharapkan aliran Vokasional tetapi sekarang Vokasional pun perlu kelulusan sederhana.

Itu sistem pembelajaran, di tambahkan para pelajar sekarang kurang aktif dalam bidang sukan mahupun ko-kurikulum. Walaupun pihak sekolah, guru-guru begitu mengalakkan penglibatan para pelajar dalam bidang sukan mahupun kokurikulm tapi sambutannya dingin. Para remaja atau pelajar sekarang lebih suka melepak di pusat-pusat membeli belah, merempit, dan aktiviti-aktiviti yang kurang berfaedah. Itu kalau yang sederhana dan lemah, bagi pelajar cerdik pandai lebih suka duduk di rumah dan mengulangkaji pelajaran atau membaca buku. Bagus itu memang bagus tapi kurang sihat untuk otak kerana otak perlu juga untuk beraktiviti dan melakukan kerja lain selain mengingat segala huruf-huruf atau ayat-ayat. Sekarang di zaman moden dan serba canggih ini, semua orang perlu cepat kerana cepat hasilnya duit. Jadi apabila ibubapa terlalu sibuk dengan kerja atau mencari duit menyebabkan anak-anak di abaikan. Kurangnya sikap ambil berat tentang perilaku anak-anak menjadi faktor peningkatan jenayah juvana, hisap rokok dan lain-lain lagi. Daripada sini, macammana pemakanan anak-anak? Ibubapa sekarang terlampau meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada anak mereka sehingga berlakunya tekanan terhadap anak-anak. Mengharapkan anak-anak berjaya dalam peperiksaan, berjaya dalam kehidupan dan harap mendapat kerja yang hebat bila besar tetapi harapan yang di beri tanpa sedikit pun usaha mahupun penjagaan yang rapi menjadikan hasilnya,0. Itu sebabnya lahirnya mat-mat dan minah-minah rempit dan banyak lagi. Berbanding anak-anak Yahudi, mereka cukup di beri pemantauan dan pendidikan yang hampir sempurna oleh ibubapa mereka.
Isu masalah remaja ini nanti saya akan utarakan kelak dalam penulisan saya seterusnya.

Dalam artikel Dr Stephan ini juga ada satu perkara yang begitu menarik minat saya. MEROKOK. Menurut beliau, orang Yahudi tak suka merokok dan mereka menganggap merokok ini adalah TABOO. Dan ada beberapa lagi artikel lagi menyokong kenyataan ini. Kebanyakkan daripada rakyat Yahudi ini tak suka kepada rokok dan juga perokok. Menurut penulisan Dr Stephan ini, para saintis Yahudi menjalankan satu kajian di mana Nikotin yang terdapat dalam rokok dapat merosakkan sel-sel utama otak dan seterusnya melekat ataupun kerosakkan ini akan menjadi keturunan atau Hereditary. Jadi kesimpulan yang ringkas, perokok akan sentiasa membawa gen yang rosak otak seterusnya menghasilkan generasi yang ‘cacat’ otak. Dalam artikel ‘Prices Of Cigarettes’ menunjukkan harga sekotak rokok di Israel adalah lingkungan USD 25-30(RM 80-95) dan satu kajian yang terperinci oleh WHO mendapati rakyat Israel paling kurang menghisap rokok di dunia. Namun pengeluar dan pemilik rokok terbesar di dunia adalah dari kaum Yahudi dan hampir 100% keuntungan rokok dunia di salurkan ke Israel. Jadi kenapa semasa kempen boikot-memboikot barang USA dan Yahudi, jenama rokok terkenal tidak di boikot bersama? Anda fikirkan?

Jadi bagi perokok di luar sana, adakah anda tahu yang anda membawa gen-gen ‘cacat otak? Jangan marah kerana ini kenyataan. Memang sekarang anda tak nampak permasalahannya tetapi cuba lihat anak anda dan dua generasi anda seterusnya. Pernahkah kita terfikir kenapa anak-anak sekarang degil, suka memberontak, panas baran, tak dengar cakap ibubapa serta sukar untuk mempelajari dan memahami perkara-perkara baru. Betul ramai pelajar yang berjaya dalam SPM, dari 9A1 hingga 20A1 dan juga ramai yang berjaya memasuki IPTA atau IPTS. Adakah ini kualiti yang Negara mahukan. Tidakkah kita lihat lagi ramai para remaja yang ‘rosak’ daripada yang berjaya. Kajian WHO juga boleh menyokong kajian Dr Stephan ini di mana ia menyatakan bahawa masyarakat Asia khususnya Asia Tenggara adalah masyarakat yang paling banyak menghisap rokok berbanding di Negara lain. Bolehkah kita mengaitkan bahawa faktor rokok merupakan salah satu faktor di mana Negara-negara di Asia Tenggara kurang maju dan agak kebelakang.

Mari kita kita bandingkan, negara-negara Asia Tenggara yang lain selain SIngapura dengan hanya berkenaan rokok. Kebanyakkan Negara-negara di Asia Tenggara tidak mempunyai undang-undang yang ketat berkenaan rokok. Malahan harga rokok pun tidaklah mahal sangat berbanding di Singapura. Di sana, hanya 10-17% rakyatnya merokok. Di samping itu juga untuk merokok hanya di kawasan tertentu saja dan sekiranya mereka merokok di kawasan terbuka mereka akan di kenakan kompaun dan akan di hadapkan ke mahkamah. Itu baru merokok, tak termasuk buang punting rokok merata-rata. Di Malaysia memang ada undang-undang untuk perokok tapi kurang atau tidak ada langsung penguatkuasaan.Walaupun kompaun sampai RM25,000 sekiranya merokok di kawasan larangan merokok tapi pernah kita melihat perokok di tangkap dan di kenakan saman atas kesalahan merokok.

Sedikit pengetahuan, kebanyakkan remaja Singapura di kategorikan antara remaja mempunyai IQ tinggi di dunia dan rakyat INDIA mempunyai IQ paling bagus di dunia. Jadi tak hairanlah Singapore National University antara 50 universiti terbaik di dunia dan berjaya melahirkan graduan yang hebat. Berbanding di Negara kita dan Negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Jadi, mari kita berfikir tentang kehebatan kaum Yahudi berbanding bangsa kita. Memang mereka adalah kaum yang di laknat oleh ALLAH buat selama-lamanya tapi kenapa perkara yang baik kita tak boleh nak contohi, demi melahirkan generasi yang hebat, cerdik dan taat. Masih banyak perkara lagi yang saya tak sentuh terutama bab cara mereka membantu kaum mereka dalam perniagaan, bidang penumpuan di IPT, kesungguhan memartabatkan bangsa dan agama mereka dan banyak lagi. Jadi kesimpulannya adakah kaum Yahudi ini menjadi hebat kerana kurniaan daripada Tuhan atau pun atas usaha dan kesungguhan mereka sendiri. Ingatlah Allah sentiasa membantu orang bersungguh-sungguh. Anda fikirkanlah sendiri. Saya bukan menyokong mereka tapi hanya untuk kita semua berfikir dan sedar yang Islam kebelakang dan di tindas kerana kita tidak ada generasi yang hebat lagi cerdik pandai. Semoga Malaysia dan Islam terus maju kehadapan.

· Sedikit santapan – Satu kajian yang di lakukan bahagian Kardiologi PPUM di ketuai oleh Prof. Wan Azman menyatakan apabila kita sujud semasa sembahyang, pada ketika itu denyutan jantung kita akan menjadi perlahan dan stabil. Sekiranya jantung kita sentiasa berdenyut dalam keadaan yang biasa dan stabil, Insya Allah ia akan memanjangkan umur kita dan kualiti jantung kita.
Fikir-fikirkan……


xsemudah yg di IMPIKAN......



Awak,

Perkenalan kita terbetik dengan pantas sekali. Mungkin awak merasakan detik itu adalah kebetulan namun segalanya adalah sebahagian dalam perancangan saya dalam mencipta sebuah kenangan bersama awak. Oh indahnya…

Masih terbayang-bayang saat itu. Musuh tradisi sanggup saya bersemuka gara-gara mahu mencari point untuk menghampiri awak. Memandangkan awak adalah naib presiden untuk kelab seni reka, saya pasti awak mesti dapat cenderamata dari kelab tersebut. Dengan muka yang tebal saya menghampiri Suzi (bukan nma sbnar) iaitu musuh tradisi saya. Tapi nasib baik dia sudi bekerjasama dengan saya. Dan sejak itulah Suzi menjadi sahabat baik saya. Alhamdulillah…

Awak,

Dengan menjadi wakil tidak rasmi dari kelab seni reka (walaupun saya adalah ahli kelab kembara) saya mencari awak untuk menyampaikan cenderamata tersebut. Memang tidak susah mencari awak memandangkan saya ramai kawan jadi mereka adalah spy tak rasmi yang sedia memberi maklumat pada saya. Itu untungnya bila ramai kawan. Hehehe…

Berbekalkan keazaman yang kuat untuk berkawan dengan awak, saya tekad dan tidak mempedulikan istilah ‘perigi mencari timba’. Biarlah apa orang nak kata. Saya tetap dengan keinginan saya itu. Beria benar saya…bahasa kasarnya ‘laparnya saya pada awak’.

“Apa tu?” saya tanya pada awak.

Awak dengan senyuman meleret membuka balutan bungkusan tersebut.

Saya tergelak demi melihatkan isi bungkusan tersebut. “Naib presiden hanya dapat ini?” soal saya sambil membelek-belek frame gambar. “Punya la kedekut kelab awak ni.”

Dan awak hanya tersenyum . oh manisnya.

Awak,

Selepas sebulan kita berkawan, saya dapat rasakan ada perasaan lain yang tumbuh dalam hati saya. Saya jadi sayang sangat kat awak. Untuk kedua kalinya saya memulakan bicara hati saya pada awak.

“Kita ni kawan atau couple?” soal saya pada suatu petang di dewan makan.

Awak memang saya kenal dengan sikap ‘cool’ dan macho. Awak hanya tersenyum. Demi Allah, saya senang dengan senyuman itu. Tapi saya mahukan kepastian bukan senyuman. Dan last sekali awak menjawab “ya, kita couple.”

Argh!!! Rasa macam mahu melompat dan peluk-peluk sahaja awak masa itu. Syukur alhamdulillah kerana Dia telah membuka pintu hati awak untuk saya. Awak tahu tak, awaklah bagi saya sebaik-baik insan yang saya kenal untuk dipadankan dengan saya. Cewah….Ahakss

Awak,

Saya ni jahat, tapi kalau saya cakap saya jahat mesti awak marah. Awak cakap saya hanya nakal. Saya tersenyum. Saya cakap saya jahil tapi awak cakap awak boleh bimbing saya. Saya cakap famili saya tak lengkap dalam hal penjagaan saya, awak cakap awak boleh jaga saya. Oh, bahagianya…..

Awak,

Selepas setahun kita couple, saya nampak ada perubahan pada diri awak. Saya tak tahu apa sebab yang menjadikan awak begitu. Saya sedih wak… Awak cuba mengelak dari saya. Puas saya cuba dekat dengan awak tapi awak selalu lari. Apa salah saya, wak???? Awak sendiri sedia maklum, lelaki yang saya sayang adalah awak. Sayang saya pada awak melimpah-limpah, sampai hati awak buat saya macam ni. Saya boleh terima segala apa kelemahan saya di mata awak tapi tolonglah cakap apa yang membuatkan awak jadi begitu…uwaaaa…..

Awak,

Lagi sebulan nak final exam, kenapa time tu awak buat perangai? Tak bolehkah tunggu lepas final? Siang malam otak saya hanya fikirkan awak. Ilmu yang ada bagaikan hilang ditolak oleh gambaran-gambaran wajah awak. Saya masih ingat lagi, waktu cuti. Saya ada call awak, saya tanya awak dan awak jawab kita tumpukan perhatian pada final exam. Lepas exam baru kita bincang lain. Huh!! Saya terima walau hati saya memberontak. Saya dapat rasakan ada alas an lain untuk perilaku awak itu.

Awak,

Hati saya kembali tenang apabila saya cuba melupakan krisis kita. Saya cuba mengandai-andaikan kemungkinan yang positif. Saya mengharapkan selepas exam awak akan jadi sperti dulu. Seorang pencinta yang setia, yang cinta pada saya. Tapi, entah apalah malang saya, lagi seminggu nak exam telinga saya ditaburkan dengan cerita-cerita awak dengan perempuan lain. Hancur luluh hati saya. Kekuatan yang saya bina berkecai bersama kepercayaan saya. Di mana silap saya dalam memberi kasih sayang yang tak terhingga ini pada awak? Tidak cukup lagikah apa yang saya korbankan? Argh lelaki!!!!


Awak,

Demi menjaga hati saya, kawan-kawan satu dorm yang merupakan classmate awak tidak pernah membuka mulut tentang awak. Selepas saya desak barulah saya tahu cerita sebenar. Sampai hati awak. Rupa-rupanya selama ini awak begitu baik dengan seorang perempuan tapi mereka tak tahu status perhubungan awak dengan dia. Budak perempuan itu juga satu kelas dengan awak. Tak payahlah saya sebut nama dia. Saya benci dia!! Dia perampas!! Bukan dia tidak kenal saya, kenal sangat-sangat. Bahkan satu school tahu kita pasangan yang paling best. Rasanya lagi ramai lelaki yang boleh dia mengorat tetapi kenapa dia pilih awak, kekasih saya? Uwaaaaaaaaaaaaaaaaa…..

Awak,

Termenung dah!
Menangis dah!

Apa lagi yang patut saya lakukan? Saya dah bosan!! Tapi saya sayang sangat kat awak. Kalau boleh saya nak jadi perempuan sihir, yang boleh sihir otak awak agar awak dah tak boleh ingat perempuan lain selain saya. Tapi saya tahu itu berdosa walaupun saya jahil saya tahu itu satu dosa besar. Saya tak mahu jadi ahli neraka demi menambat semula hati awak. Biarlah, jodoh kita hanya sampai sini sahaja.

Awak,

Tanpa disangka selepas berbulan-bulan berpisah, terputus hubungan akhirnya awak dapat menjejaki saya kembali. Bagaikan suluhan cahaya di malam yang gelita, awak menerangi cahaya perjalanan hidup saya. Saya bersyukur. Masa itu saya tinggal di Kuala Lumpur dekat dengan Desa Water Park. Kalau tak silap saya rumah sewa saya tu di Taman Danau Desa. Nasib baiklah saya ni hantu internet, jadi rajin jugalah saya buka email. Tanpa disangka saya, awak ingin menyambung semula kasih yang terputus. Bagaikan orang yang mengatuk di sorangkan bantal, saya sangat gembira.

Awak,

Masih ingatkah lagi, pertemuan kita di C.M. Argh!! Rasa macam baru semalam ianya terjadi. Masih segar di ingatan saya. Rindunya pada detik itu. Mesti awak dah lupakan? Dari K.L kita ke serdang. Satu hari saya habiskan masa bersama awak. Bestnya….

Selepas tiga bulan kita berbaik semuala, awak kembali seperti dulu. Berperangai pelik. Asyik mengelak dari saya. Kali ini apa pula alas an awak? Kadang-kadang saya rasa di permainkan. Betul ke awak sayang pada saya? Tapi kalau sayang, kenapa saya di perlakukan begini? Tahukah awak betapa ihklasnya saya pada awak….wakkk (sedih ni)



Awak,

Akhirnya untuk kesekian kalinya awak menghancurkan harapan saya. Harapan yang ingin bahagia bersama awak. Senangnya awak mencampakkan cinta saya ini. Sampainya hati mu….. Apa yang boleh saya katakan, awak umpama ‘easy come, easy go’. Awak ingat saya ni tunggul ke? Senang di permain-mainkan. Susahnya mempunyai tubuh bersama hati. Hati yang mudah tersentuh. Saya pasrah!!

Awak,

Hari ini selepas lima tahun berlalu, saya semakin matang. Matang dalam mencari secebis kasih. Kasih yang suci lagi ikhlas dari lelaki. Biarlah kisah awak menjadi kenangan dalam lipatan memori cinta kita. Sesungguhnya awaklah lelaki pertama yang pernah saya cintai. Tapi kini, dengan redhanya saya melepaskan awak. Suka saya terangkan yang saya bahagia menjadi sahabat awak. Walaupun tidak sebagai kekasih, saya doakan awak akan bertemu insan yang baik sebagai jodoh awak. Amin…

Awak,

Kata orang kalau kita nak kebahagian hidup kita kena bahagiakan orang lain. Jadi saya berusaha untuk membahagiakan insan yang kini bertahta di hati saya. Walaupun tidak sama dengan cinta yang pernah kita miliki tapi saya cuba pertahankan cinta baru ini, kerana saya tidak tegar untuk kecewa lagi.

Awak,

Saya sedar setiap cinta perlukan pengorbanan. Jadi saya korbankan cinta saya pada awak awak agar awak dapat mencapai impian awak. Kini, awak berada jauh di luar sempadan semenanjung Malaysia. Semoga awak berjaya membawa pulang segulung ijazah. Inilah yang saya harapkan dari awak, dari seorang yang bernama sahabat.

Awak,

Saya tetap rindukan kemanisan cinta kita!!! Selamat tinggal sayang……



MORAL: JANGAN SESEKALI MEMPERMAINKAN PERASAAN ORANG YANG KITA SAYANG. HARGAILAH PERNGORBANAN MEREKA SELAGI MASIH ADA HAYAT.

~~my music~~

Followers