Saturday, October 23, 2010

Kalau lah Mereka Tahu pew yg sy pk......

“Bila la awak nak kawin ni? Takkan takder sapa nak? Memilih sangat kot? Ke serik kecewa bercinta? ..Kawan sebaya dah beranak-pinak dah..awak ni bila lagi…Kalaulah ….mereka faham..”

Cinta itu datangnya bukan boleh disuruh-suruh
Sayang itu hadirnya bukan hanya boleh dengan diseru
Kasih bertandang tidak sekadar dengan bertembung
Terpaut jiwa siapa mampu meramal
Semaian benih murni itu bukan ditangan seseorang

Andai diberi pilihan siapalah mahu hidup sendiri
Andai ada jalan insan mana mahu diulit sepi
Tapi sedarkah kita kasih sayang itu maha luas takrifannya
Allah memberi tidak pernah meminta
Kasih itu sentiasa ada sebenarnya
Cuma terkadang kita silap menduga
Kita alpa pada yang di depan mata
Mengenepikan pada yang bukan pada citarasa
Sedangkan tiap kejadian ada hikmahnya
Janji Tuhan tak akan pernah tercela

Sedarlah kita semua
Terutama pada mereka yang merasakan tiada siapa-siapa
Biarpun kita masih belum bertemu cinta
Masih tercari-cari hala bahagia
Sebenarnya kita masih beruntung
Masih punya banyak pilihan dan masa

Sedangkan yang telah memilih dan memintas masa
Ada yang terkandas menggapai cita-cita
Mencipta bahagia yang kononnya ada di depan mata
Genggamlah tanganmu kita terus mara
Menongkah arus liku mencari cinta
Kerna Allah itu Maha Pengasih pada hambaNya…

No comments:

Post a Comment

~~my music~~

Followers